BSH (Bantuan Sara Hidup Rakyat) fasa kedua dibayar mulai 6 Jun

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan kekalkan BR1M, sama seperti yang dijanjikan mereka akan teruskan bayaran bantuan kepada rakyat. Tetapi BR1M telah dinamakan kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat iaitu BSHR.

Menteri Kewangan negara LGE mengumumkan berita gembira sempena bulan puasa bahawa BSH akan dibayar mulai 6 Jun. Ini memberikan kesenangan kepada umat Muslim yang bakal meraihikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Kami akan kekalkan bayaran buat sementara ini. Jikalau terdapat sebarang pengubahan, ia akan dibuat pada bayaran yang akan datang.” – Lim

Kaeadah pembayaran BSH sama seperti BR1M, kepada yang telah diluluskan dan telah menghantar maklumat akaun bank akan dikreditkan wang BHS ke dalam bank, manakala surat akan diedarkan kepada yang tiada bank akaun, dan mereka perlu menuntut wang tersebut di cawangan BSN.

Seawal 6 June, terdapat segelintir penerima telahpun mendapatkan bayaran, contohnya bank CIMB.

Bayaran tidak akan berlaku dan siap dalam masa sehari, pihak bank menasihatkan rakyat agar bersabar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*