Kerajaan mungkin akan membatalkan BSH 2019

Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pernah menyatakan pandangannya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah kerana bantuan ini digunakan oleh parti Barisan Nasionl bagi memperoleh undi dalam pilihanraya pada tahun 2017. Namun setelah dilantik memegang mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, beliau telah membuat pusingan U daripada kenyataan beliau sebelum ini dengan meneruskan BR1M menerusi Laporan Belanjawan Alternatif 2018. Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengerusi bagi Pakatan Harapan yang diterajui oleh empat parti komponen utama, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Democratic Action Party (DAP), dan Parti Amanah Negara (Amanah). Selaku nakhoda yang mengepalai empat buah kapal besar ini, sudah tentu sebarang pendirian seorang nakhoda menunjukkan pendirian bagi anak kapalnya. Oleh itu, persoalan yang timbul dalam minda rakyat mengapakan Tun Dr Mahathir memperlakukan tindakan ibarat menjilat air liur sendiri?

Sebelum artikel membahaskan isu ini lebih mendalam, kalimah rasuah itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya relevan bagi dibincangakan dalam artikel ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rasuah adalah satu bentuk tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi suatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan daripada orang tersebut. Ilustrasi yang boleh dibawa bagi menjernihkan lagi kefahama pembaca berkenaan rasuah ialah, A merupakan pemegang kontrak kerajaan bagi pembinaan insfrastruktur, B bertemu dengan A dan memohon agar A menyerahkan kontrak projek tersebut kepada B. B dalam masa yang sama menjanjikan imbuhan berbentuk kewangan atau hadiah kepada A. Tindakan mereka tidak lain merupakan suatu jenayah rasuah.

Persoalan utama dalam perbahasan artikel ini adakah BR1M 2019 boleh diklasifikasikan sebagai rasuah seperti kenyataan Tun Dr Mahathir atau ianya sekadar retorik politik sahaja? Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah daripada Barisan Nasional berasaskan kepada beberapa siri pemberian wang BR1M yang dilakukan ketika hampir dengan Pilihan Raya Kecil (PRK). Begitu juga apabila menghampiri PRU14, kerajaan Barisan Nasional banyak memfokuskan pemberian BR1M kepada rakyat sebagai manifesto utama mereka. Kerajaan Barisan Nasional memberi BR1M kepada rakyat bukan atas kapasiti sebagai kerajaan yang menaungi Malaysia namun atas kapasiti parti Barisan Nasional. Oleh kerana Barisan Nasional telah dilabel sebagai parti yang melibatkan politik wang, tak mustahil bahawa tidakan mereka menjalankan manifesto disalah erti sebagai satu bentuk rasuah. Jika pemberian BR1M dilihat dari satu sudut pandang, rakyat memberikan khidmat sebagai pengundi dan mengundi Barisan Nasional, maka dengan kemenangan parti Barisan Nasional, mereka memberikan wang imbuhan (BR1M) kepada rakyat. Ini adalah sudut pandang bagi mereka yang mengatakan bahawa BR1M itu satu tindakan rasuah. Namun, jika teori yang sebegini dipraktikkan bagi membuktikan rasuah, maka teori ini tidak tepat. Hal ini kerana jika kita aplikasikan teori ini dalam pengumuman manifesto parti, manifesto itu juga merupakan suatu rasuah. Contoh yang boleh berlaku, “kalau kamu semua undi saya sebagai wakil rakyat bagi pilihanraya kali ini, saya akan berikan kamu sebuah hospital”, maka khidmat undi diberikan oleh rakyat dan akan dinikmati oleh wakil rakyat, wakil rakyat akan memberikan imbuhan (janji yang beliau ingin laksanakan kepada rakyat). Namun hakikat sebenar adalah manifesto itu merupakan satu janji bagi meyakinkan rakyat memilih wakil rakyat yang berkredibiliti dalam memenuhi kehendak rakyat. Demikian pula bagi BR1M yang merupakan salah satu manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Atas dasar inilah, BR1M tidak layak untuk dikelaskan sebagai suatu bentuk rasuah.

Persoalan terakhir berkaitan mengapa kerajaan Pakatan Harapan membuat pusingan U bagi pendirian mereka terhadap BR1M 2019. Terdapat dua sebab yang membawa kepada keputusan ini. Pertama, rakyat sendiri berkehendak BR1M untuk diteruskan, dan sebagai pimpinan yang diberi mandat oleh rakyat, kerajaan Pakatan Harapan perlu mengikut hasrat rakyat kerana jika mereka bertindak bertentangan, mereka mungkin dihukum pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15). Kedua, pelaksanaan BR1M terbukti dapat mengurangkan beban rakyat meskipun berlaku peningkatan harga barang kerana wang BR1M 2019 yang diberikan setidak-tidaknya mampu menampung perbelanjaan bahan basah serta perbelanjaan harian. Melihatkan kepada dua faktor yang menekan kerajan baru bagi mengekalkan pelaksanaan BR1M, mereka perlu memilih jalan yang terbaik buat rakyat meskipun akhirnya mereka dituduh sebagai “penjilat ludah” atau “U-turn”.

Kesimpulannya, pelaksanaan BR1M 2019 atau BSH 2019 yang dikatakan rasuah itu mungkin kerana ia dikaitkan beberapa program anjuran parti Barisan Nasional. Meskipun pahit bagi kerajaan Pakatan Harapan fakta yang terbentang di hadapan mereka, kerajaan pakatan Harapan perlu akui bahawasanya BR1M bukanlah satu bentuk rasuah dan perlu dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*