Semakan Status dan Permohonan BSH 2019

Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun 2018 dengan nama barunya iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Jumlah bantuan akan dikekalkan dan proses pembayaran Fasa Kedua akan dibuat mulai 6 Jun 2018 secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya dalam pemohonan pertama mereka.

Semakan status permohonan bagi mereka yang berjaya menerima bayaran BR1M Fasa Pertama boleh dibuat bermula 19 Februari yang lalu.

Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang gagal dan telah membuat rayuan sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2018 yang lalu, rayuan mereka akan diproses oleh pihak LHDN. Pemohon boleh membuat semakan rayuan mereka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Buat pengetahuan para pemohon, Status Kelulusan bantuan akan mengambil sedikit masa sebelum dapat disemak. Hal ini demikian kerana maklumat pemohon perlu melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan yang akan dilakukan oleh agensi-agensi terlibat seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh semakan keputusan bagi mereka yang berjaya dalam rayuan BSH akan dikongsikan sejurus selepas pengumuman rasmi dibuat di Portal Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut.

Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk ke dalam laman aplikasi MyBSHR (dahulunya MyBR1M). Lihat panduan yang disertakan sekali di bawah ini.

Layari Menu MyBSHR di Laman Web Bantuan Sara Hidup Rakyat.Sila klik: Sistem aplikasi MyBSH/Semakan Status Kelulusan Pemohonan atau Status Rayuan BSH 2018

Log masuk.

  • Sila masukkan atau lengkapkan no. MyKad/ Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
  • Kemudian, klik pada butang Log Masuk.

Sebelum anda dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSHR bagi membuat semakan, anda wajib menjawab soalan keselamatan. Lihat contoh di atas.

Soalan Keselamatan

  • Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem MyBSHR.
  • Soalan Keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baru ataupun kemaskini maklumat.
  • Sila pilih dua soalan keselamatan yang anda betul-betul ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan mengakses sistem MyBSHR untuk membuat semakan status permohonan BSH.
  • Jika jawapan kepada soalan keselamatan pertama yang anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua pula akan menyusul. Lakukan perkara yang sama dan klik pada butang Hantar.
  • Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan tersebut, sila klik butang Tukar Soalan dan pilih soalan yang lain.
  • Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya dibenarkan mencuba sebanyak 3 jenis soalan sahaja.
  • Jika jawapan yang diisi masih lagi salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan.

Semakan Status

  • Setelah berjaya menjawab soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBSHR.
  • Untuk membuat semakan keputusan permohonan BSH 2018/2019, sila klik pada menu bergambar Semakan Status. Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BSH 2018 akan dipaparkan.

Rujuk contoh lampiran seperti di bawah

PENERANGAN STATUS SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BR1M

Status Penerangan
Didaftarkan Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
Diterima Permohonan telah dikemaskini berdasarkan boring yang diterima
Dalam Proses Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
Ditangguhkan Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
Lulus Permohonan telah diluluskan/ berjaya
Tidak Lulus Permohonan tidak diluluskan/ tidak berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya Surat makluman Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon. Pemohon perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Paparan MyBSHRSelain daripada semakan status, pemohon juga boleh klik pada menu bergambar yang lain seperti Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel atau Maklum Balas.

TINDAKAN

  • Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan serta bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  • Selain itu, pemohon juga boleh memaklumkan perkara tersebut menerusi Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pemohon atau penerima yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882-4565/ 4566 (Kementerian Kewangan)
  • Bagi setiap permohonan/ kemaskini yang telah berjaya, bayaran BSH akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*