Tarikh pembayaran BSHR 2018

Terdapat berita baik buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada apabila kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) masih lagi akan meneruskan pemberian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak.

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) ini akan menggantikan BR1M dengan jumlah bantuan yang sama di mana pembayaran Fasa 2 akan dibuat pada 6 Jun 2018 melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima bantuan. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Berdasarkan kepada jadual pembayaran BR1M yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional), pembayaran Fasa Dua dijadualkan pada 6 Jun 2018 yang membabitkan agihan berjumlah RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Ini termasuk sekali dengan golongan warga emas. Manakala bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,001 hingga RM4,000 pula akan menerima bayaran sebanyak RM300.

Untuk makluman, pembayaran BSHR Fasa Ketiga kepada dua kategori penerima di atas akan dibuat pada bulan Ogos ini.

Bagi kategori Bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, mereka telah menerima pembayaran secara sekaligus sebanyak RM450 sewaktu Fasa 1 bulan pada Februari yang lalu.

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT BSHR 2018

Berikut merupakan jadual bagi tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 untuk semua kategori penerima bantuan.

Kategori 1 Kategori 2 Kategori 3
Jumlah Keseluruhan BSHR: RM450 Jumlah Keseluruhan BSHR: RM900 Jumlah Keseluruhan BSHR: RM1,200
Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM 4,000 Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
Tarikh: 26 Ferbruari 2018Bayaran: Sekaligus Tarikh Fasa 1: 26 Februari 2018Bayaran: RM300 Tarikh Fasa 1: 26 Februari 2018Bayaran: RM400
Tarikh Fasa 2: 6 Jun 2018Bayaran: RM300 Tarikh Fasa 2: 6 Jun 2018Bayaran: RM400
Tarikh Fasa 3: Ogos 2018Bayaran: RM300 Tarikh Fasa 3: Ogos 2018Bayaran: RM400

Tarikh di atas merupakan tarikh RASMI seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).Penerima bantuan disarankan supaya melayari portal rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut. Sila layari: https://bsh.hasil.gov.my.

Kemasukan duit BSHR 2018 ke dalam akaun bank penerima

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula daripada tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun penerima yang telah diberikan oleh pemohon sewaktu membuat permohonan baru atau kemaskini.

Tempoh masa yang diambil untuk mengkredit BSHR ke dalam akaun simpanan juga bergantung kepada sistem bank penerima

Pembayaran duit BSHR 2018 melalui baucer

Sebahagian kecil penerima yang tidak memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat akaun simpanan mereka sewaktu membuat permohonan akan menerima BSHR dalam bentuk baucer. Baucer tersebut akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pemberian berbentuk baucer ini juga akan dibuat secara berperingkat. Penerima baucer berkemungkinan akan menerima baucer sedikit lewat berbanding mereka yang menerima BSHR menerusi akaun bank simpanan.

Cara membuat semakan status permohonan atau kemaskini

Bagi mengetahui sama ada status permohonan atau kemaskini anda lulus atau tidak, pemohon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:

  • Semakan keputusan permohonan atau kemaskini secara online: https://bsh.hasil.gov.my
  • Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882-4565/ 4566 (Kementerian Kewangan). Manakala pertanyaan menerusi emel boleh dihantar ke br1m@treasury.gov.my.
  • Keputusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman penerima bantuan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*