Kemaskini BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019

Setelah memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Bantuan tersebut diumumkan pada 30 Mei yang lalu dan penerima-penerima BSH akan menerimanya secara berperingkat bermula 6 Jun 2018. Dianggaran sejumlah RM 1.6 bilion telah diperuntukkan untuk diberi kepada mereka yang layak menerima BSH.

Lebih 4 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan sara hidup 2018 dan bagi penerima BR1M tahun 2018, mereka layak menerima BSH secara automatik. Namun, bagi penerima bantuan Kad Debit Diskaun Siswa, mereka tidak layak untuk menerima BSH.

Syarat Kelayakan BSH

Bagi penerima BSH, mereka akan dibahagikan kepada tiga kategori;

Bagi menjamin ketulusan dan hanya penerima yang layak sahaja dapat menerima bantuan sara hidup ini, LHDN akan membuat semakan yang teliti bagi setiap permohonan yang dibuat. Maklumat- maklumat yang diisi dan diserahkan akan diteliti dan dirujuk ke jabatan- jabatan seperti Jabatan Pendaftaran Negara sebelum disahkan. Jika berlaku penipuan atau penyalahgunaan maklumat oleh pemohon, permohonan tersebut akan ditolak serta merta.

Bantuan sara hidup akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada tarikh yang telah ditetapkan. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, satu baucar kelulusan akan dikeluarkan dan baucar tersebut boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Selain Bank Simpanan Nasional, baucar BSH boleh juga ditunaikan di bank dalam senarai berikut:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. CIMB BANK BERHAD
  10. HONG LEONG BANK
  11. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  12. MAYBANK
  13. OCBC BANK
  14. PUBLIC BANK BERHAD
  15. RHB BANK BERHAD
  16. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  17. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi penerima kategori 2 dan 3, BSH akan dikreditkan bermula bulan Ogos 2018 dan masing- masing akan menerima RM 300 dan RM 400. Penerimaan bantuan sara hidup tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan kerajaan.

Semakan keputusan kelulusan penerimaan BSH boleh dibuat di portal https://bsh.hasil.gov.my/ atau boleh terus merujuk ke pejabat Sekretariat MOF di alamat Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. Atau boleh hubungi ditalian 1800-88-2716 atau emel ke BR1M@treasury.gov.my

Permohonan yang gagal, boleh membuat rayuan semula. Bagi memudahkan urusan, setiap penerima BSH perlu mengemaskini maklumat yang berkenaan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali. Proses kemaskini maklumat penting bagi memudahkan penerimaan permohonan BSH pada masa akan datang. Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuk:

  • Status perkahwinan (berkahwin, cerai atau kematian pasangan)
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Cara Kemaskini BSH online 2019:

  • Sila layari portal eBR1M
  • Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  • Sila masukkan Nombor Mykad
  • Klik KEMASKINI PERMOHONAN
  • Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera.

Beberapa pengumuman lain turut dibuat oleh Tun Mahathir sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri. Antaranya pengumumann tersebut adalah;

  1. Bermula 1 September 2018 sistem cukai SST akan dikenakan mengantikan GST.
  2. Pembinaan laluan MRT3 tidak akan diteruskan.
  3. Harga minyak diesel dan RON95 dikekalkan manakala minyak RON97 berubah mengikut harga pasaran.
  4. Diskaun tol 50% untuk semua leburaya bermula dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
  5. Pembatalan pembinaan laluan HSR kerana bebanan kewangan yang tinggi, namun tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura.
  6. Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan.
  7. Tabung Harapan Malaysia diwujudkan bagi mengutip dana dari rakyat Malaysia yang menderma bertujuan membayar hutang kerajaan.
  8. Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.
  9. Pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya.
  10. Kewangan Malaysia akan dipantau bagi mengurangkan kos pentadbiran negara.
  11. Tema hari kebangsaan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku.
  12. Perpindahan Program Permata dibawah Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.
  13. Kajian semula pelaksanaan Projek ECRL.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup akan dipaparkan di akaun facebook rasmi LHDN.

2 Comments

  1. Assalaualaikum

    Saya, sebelum ini, beberapa tahn yang lepas, saya pernah memohon e-brim dan kegagalan saya untuk mendapatkan bantuan kewangan, tidak berjaya, hanya kerana masaalah gaji saya pada waktu itu melebihin RM2000. Saya seorang ibu tunggal dan kini walaupun kenaikan gaji saya sudah menjangkau RM4000, tetapi saya masih tidak boleh mendaftar online, Untuk maklumat, saya mempunyai pelbagai masaalah yang berkaitan dengan keluarga dan kini, saya amat berharap sangat, agar permohonan saya kali ini, dapat dipertimbangkan. Terima kasih

  2. BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2019 UMTUK STATUS BUJANG DAPAT BANTUAN JUGA KE?JIKA ADA BERAPA BANTUAN STATUS UNTUK BUJANG?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*