Mengisi maklumat Waris BSH 2019

Maklumat Berkaitan Waris Bantuan Sara Hidup Rakyat

1. S: Perlukah saya mengisi maklumat waris sewaktu membuat permohonan BSH?
J: Ya, pemohon wajib mengisi maklumat waris sewaktu membuat permohonan BSH.
2. S: Apakah kepentingan disebalik perlunya mengisi maklumat berkaitan waris sewaktu membuat permohonan BSH?
J: Antara kepentingan mengisi maklumat waris ialah:

  1. Sekiranya didapati bahawa pemohon menghadapi salah satu daripada masalah berikut, waris akan menjadi wakil bagi pemohon untuk memudahkan sebarang urusan. Antara masalahnya ialah:
  2. Masalah kesihatan
  3. Masalah fizikal (OKU)
  4. Telah dipenjarakan
  5. Sedang bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau
  6. Waris akan menerima Skim Khairat Kematian (SKK) sekiranya penerima BSH bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas telah meninggal dunia. Ini tidak termasuk sekali dengan kategori Bujang dan Ibu/ Bapa Tunggal/ Balu/ Duda yang tiada tanggungan.
3. S: Siapakah waris saya yang layak didaftarkan untuk permohonan BSH ini?
J: Antara waris yang layak didaftarkan untuk permohonan BSH ialah:

  1. Ibu
  2. Bapa
  3. Pasangan (Suami/ Isteri)
  4. Anak
  5. Adik-beradik
  6. Cucu
4. S: Adakah waris saya mestilah daripada kalangan mereka yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja?
J: Tidak. Waris tidak semestinya daripada mereka yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja akan tetapi waris perlulah mempunyai pertalian hubungan dengan pemohon.
5. S: Perlukah saya mengemukakan sekali dokumen pengenalan waris sewaktu membuat permohonan BSH?
J: Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat waris yang layak didaftarkan dengan betul dan tepat seperti mana yang diperlukan sahaja.
6. S: Adakah terdapat had umur yang perlu dipatuhi oleh seseorang waris?
J: Tiada had umur yang perlu dipatuhi oleh seseorang waris bagi pemohon BSH.
7. S: Bolehkah waris saya membuat penunaian bagi pihak saya sekiranya saya mengisi TIADA WARIS dalam permohonan BSH?
J: Tidak boleh. Waris tidak dibenarkan membuat sebarang penunaian dan tuntutan terhadap BSH sekranya pemohon mengisi TIADA WARIS sewaktu membuat permohonan.
8. S: Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat waris sekiranya sebelum ini saya telah mengisi TIADA WARIS?
J: Boleh. Hanya PEMOHON SAHAJA yang dibenarkan untuk membuat kemas kini tersebut di Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampran. Sekiranya pemohon tersebut telah meninggal dunia dan telah mengisi TIADA WARIS sewaktu membuat permohonan, waris pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk membuat kemas kini atau menuntut BSH. Hanya pasangan/ tanggungan yang telah didaftarkan di Bahagian B (maklumat isi rumah) sahaja dibenarkan untuk berbuat sedemikian.
9. S: Bolehkah saya membuat penukaran maklumat waris?
J: Boleh. Pemohon boleh berbuat sedemikian di Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampran dalam dua situasi seperti di bawah:

  1. Waris yang telah didaftarkan sebelum ini telah meninggal dunia; atau
  2. Pemohon ingin membuat penukaran waris atas kehendak sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*