Panduan Bantuan Sara Hidup 2019

KUANTAN, 26 Feb -- Penduduk Kuantan Mohd Zamri Salleh, 46, ceria menunjukkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima selepas mengeluarkan daripada bank berdekatan hari ini. Mohd Zamri amat bersyukur dengan bantuan BR1M ini dapat meringankan beban kos perbelanjaan keluarga dan penerima BR1M seluruh negara boleh mengambil bermula hari ini secara berperingkat. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 merupakan suatu topik yang hangat di kalangan rakyat namun bulan Disember tahun ini sunyi apabila portal BSH tidak dibuka untuk permohonan.Tidak seperti dahulu, BR1M selalunya tutup pendaftaran pada hujung tahun. Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diedarkan selepas 5 Februari, iaitu selepas perayaan tahun baru Cina.

Berkemungkinan besar edaran BSH 2019 akan berlangsung pada akhir bulan Februari atau awal bulan Mac kerana tempoh permohonan telah ditangguhkan selama sebulan. Bukan atas faktor tarikh pembukaan pendaftaran lamat dibuka sahaja, Lim sendiri pun berkata beliau memerlukan masa tambahan disebabkan pengguna kaedah baharu.

bantuan sara hidup 2019

Kira-kira 5 juta

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

Jika sebelum ini anda belum pernah memohon, ini masanya. Ini kerana bagi mereka yang pernah membuat permohonan, anda cuma perlu kemaskini sahaja maklumat peribadi anda pada laman web rasmi BSH.

Bagi permohonan pertama kali, ini adalah cara untuk anda memohon BSH 2019.

  1. Jika anda seorang yang mencukupi syarat berkenaan, boleh buat permohonan secara online.
  2. Layari laman web BSH di : https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx
  3. Kemudian pergi ke bahagian permohonan dan isi maklumat peribadi anda.
  4. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul. Ini kerana jika anda memalsukan maklumat, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetap akan tahu maklumat sebenar anda.
  5. Selepas mengisi borang permohonan online, cetak jika dapat. Ini untuk rujukan di masa akan datang.
  6. Ini kerana ketika anda login, anda akan diminta untuk mengisi soalan keselamatan yang melibatkan maklumat peribadi yang anda telah isi.
  7. Hantar borang permohonan, dan tunggu sahaja jika permohonan anda diterima ataupun ditolak.
  8. Jika permohonan BSHR anda ditolak, pihak LHDN akan menyatakan sebab mengapa permohonan ditolak.
  9. Antara sebab yang selalu dinyatakan LHDN adalah, pihak mereka berjaya mengesan bahawa anda mempunyai pendapatan lebih daripada RM4000.
  10. Jika anda rasakan ianya tidak benar, anda boleh terus kunjungi pejabat LHDN berdekatan dengan anda untuk pertanyaan.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi penerima BRIM yang sedia ada

Bagi yang pernah membuat permohonan sebelum ini, anda dikehendaki untuk membuat kemaskini sebelum Jan 2019.

Perkara ini bagi membolehkan pihak LHDN menyemak kembali pihak manakah yang layak untuk menerima BSH.

Adalah perlu diingatkan bahawa kemaskini ini wajib dilaksanakan bagi mengelakkan nama anda terlepas daripada senarai penerima BSH 2019.

  1. Untuk membuat kemaskini BSH 2019, anda perlu layari aplikasi MYBSH
  2. Masukkan maklumat dan login ke dalam akaun anda. Akan terdapat butang untuk anda kemaskini maklumat anda secara online.
  3. Pastikan segala maklumat telahpun diisi dan ianya maklumat yang betul.
  4. Jangan cuba sehingga jawab soalan keselamatan dengan salah lebih daripada 3 kali.
  5. Selepas masuk ke dalam portal, isikan maklumat-maklumat yang penting seperti alamat rumah, telefon dan akaun bank.
  6. Jika maklumat waris tidak pernah diisi, klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris.
  7. Cetak jika anda mempunya mesin pencetak (printer).
  8. Jangan membuat kemaskini selama 2 kali bagi setiap keluarga, contohnya kalaulah suami sudah dikemaskini, usahlah isteri buat sekali lagi.

Semakan Keputusan Bantuan Sara Hidup

Semakan boleh dibuat selepas permohonan dan tempoh kemaskini bantuan sara hidup 2019 ditutup. Semakan keputusan boleh dibuat pada bila-bila masa sekiranya isi rumah anda lulus sebagai penerima. Usahlah berkunjung ke ATM untuk menyemak, boleh semakan di portal atau dengan menggunakan mobile apps.

Nombor Pejabat Bantuan Sara Hidup

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BSH, anda boleh menghubungi salah satu nombor/email di bawah:

  • Hotline Kementerian Kewangan :
    03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
    1-800-88-2716
  • Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

Sekretariat MOF:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Waktu Operasi Kaunter-kaunter Bantuan Sara Hidup di Seluruh Malaysia

Waktu dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

  • Cawangan semenanjung: 9:00am hingga 5:00pm.
  • Cawangan Sabah/ Sarawak: 8:00am hingga 5:00pm.

Dimaklumkan bahawa pejabat BSH tidak dibuka pada waktu cuti. Anda boleh juga menghubungi ketua kampung, kemungkinan terdapat kaunter khas pada daerah anda.

Berikut ialah jadual (UTC) setiap negeri.

pejabat utc

Pejabat UTC selalunya sesak pada hujung minggu, anda dinasihatkan pergi pada awal pagi (sebelum pejabat buka) untuk beratur. * Update: Mulai 1 Jan, semua pusat UTC hanya akan beroperasi sehingga 7pm saja.

Urusan Waris BSH 2019

Bagi urusan mengenai waris, anda dikehendaki mengisi borang waris. Anda boleh download borang berkenaan di sini.

Perlu dilengkapkan semua maklumat waris dan dihantar ke pejabat LHDN berdekatan anda. Anda boleh melihat post ini untuk mengetahui lebih lagi mengenai waris.

Skim Khairat Kematian BSH

Ramai orang yang terlepas pandang mengenai SKIM Khairat Kematian ini. SKIM ini mirip fungsi insurance. Jika anda  merupakan waris kepada warga emas yang meninggal, anda boleh menuntut wang khairat kematian.

RM100 akan diberikan kepada waris yang  penerima bantuan kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia pada tarikh bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Hadirkan diri ke pajabat LDHN dengan membawa dokumen berikut:

  • Sijil kematian asal dan salinan
  • Kad pengenalan asal waris
  • Dokumen yang membuktikan pertalian antara penerima bantuan dan waris.

Skim khairat ini cuma boleh dituntut sekali pada tahun kematian berlaku sahaja.

Tolong share maklumat bantuan sara hidup 2019 kepada yang layak!

  • 770
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*