Pembayaran BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup)

Pembayaran BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup Rakyat)

1. S: Bilakah pembayaran BSH akan dibuat?
J: Pembayaran BSH akan dibuat mengikut tarikh seperti berikut:

TARIKH BAYARAN JUMLAH BANTUAN (RM)
1,200 900 450
Bayaran Fasa 1 (Februari 2019) 400 300 450
Bayaran Fasa 2 (Jun 2019) 400 300
Bayaran Fasa 3 (Ogos 2019) 400 300
2. S: Bagaimanakah proses pengagihan BSH berlaku?
J: Proses pengagihan BSH dibuat dengan cara yang berikut:

TEMPOH PERKARA MEKANISME BAYARAN
Fasa 1 Majlis penyerahan baucar Surat Makluman Lulus dan Baucar diberikan kepada penerima yang layak
Baucar Surat Makluman Lulus dan Baucar diberikan sekiranya gagal kredit ke akaun bank
Pengkreditan ke akaun Bantuan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan
Fasa 2 & 3 Baucar Surat Makluman Lulus dan Baucar diberikan sekiranya gagal kredit ke akaun bank
Pengkreditan ke akaun Bantuan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan
3. S: Dimanakah tempatnya untuk membuat penunaian BSH?
J: Penunaian BSH boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
4. S: Dokumen apakah yang perlu dibawa sewaktu membuat penunaian di BSN?
J: Dokumen yang diperlukan sewaktu membuat penunaian ialah:

  1. Surat Makluman Lulus dan Baucar
  2. Kad Pengenalan asal penerima.
5. S: Bagaimanakah caranya untuk membuat penunaian BSH sekiranya kad pengenalan asal penerima telah hilang?
J: Penerima perlu mendapatkan Dokumen Pengenalan Sementara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kemudiannya membawa dokumen tersebut bersama dengan Surat Makluman LULUS ke BSN.

 

6. S: Sekiranya penerima tidak memerlukan lagi BSH, apakah tindakan yang boleh diambil?
J: Penerima boleh mengisi borang pembatalan untuk menukar status permohonan di Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.
B. PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT SECARA TUNAI
7. S: Penerima tidak mendaftarkan nombor akaun bank sewaktu membuat permohonan BSH, jadi bagaimanakah caranya pembayaran akan dibuat?
J: Penerima akan menerima Surat Makluman LULUS beserta Baucar sewaktu majlis anjuran pihak SUK/ JPP dan Pejabat Residen diadakan. Pihak-pihak tersebut akan memaklumkan berkenaan tarikh dan tempat majlis tersebut akan diadakan melalui poskad.
8. S: Bolehkah pembayaran dibuat secara pengkreditan ke akaun bank sekiranya penerima menerima pembayaran pertama melalui baucar?
J: Boleh. Penerima perlu membuat kemas kini maklumat bank dahulu di Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran bermula 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019.
9. S: Penerima BSH tidak dapat membuat penunaian di BSN kerana nama yang terdapat pada Surat Makluman LULUS dan Baucer berbeza dengan nama di kad pengenalan. Apakah tindakan yang perlu diambil?
J: Penerima perlu pergi ke LHDNM dengan membawa bersama Borang Kegagalan Tuntutan BSH / SKK yang dikeluarkan oleh BSN untuk tindakan selanjutnya.
10. S: Penerima tidak dapat menghadirkan diri ke majlis penyerahan baucar atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Surat Makluman LULUS dan Baucar tersebut?
J: Surat dan baucar tersebut boleh diperolehi di lokasi yang telah dinyatakan pada poskad yang diterima oleh penerima BSH. Jika terdapat sebarang pertanyaan, penerima boleh menghubungi pihak SUK/ JPP/ Pejabat Residen.
11. S: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh penerima sekiranya Surat Makluman LULUS dan Baucar telah hilang atau rosak?
J: Sekiranya Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Siri yang tercetak pada Surat dan Baucar tersebut dapat dikenalpasti, penerima masih lagi boleh membuat penunaian di BSN.

Sekiranya Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Siri yang tercetak pada Surat dan Baucar tersebut tidak dapat dikenalpasti, penerima boleh mencetak salinan Surat Makluman LULUS di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat (https://bsh.hasil.gov.my) atau mendapatkan salinan surat tersebut di LHDNM yang berhampiran. Berikut merupakan maklumat penting berkaitan cetakan Surat Makluman LULUS:

Peringkat Bayaran Tarikh Surat Makluman LULUS Boleh Dikeluarkan LHDNM/ Cetakan Oleh Pemohon
Bayaran Pertama Mulai April 2019
Bayaran Kedua Mulai Julai 2019
Bayaran Ketiga Akan dimaklumkan
12. S: Bolehkah penerima mencetak terus salinan Surat Makluman LULUS tanpa pergi ke LHDNM yang berhampiran?
J: Penerima boleh mencetak salinan Surat Makluman LULUS di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat (https://bsh.hasil.gov.my) tanpa perlu pergi ke LHDNM yang berhampiran. Berikut merupakan maklumat penting berkaitan cetakan Surat Makluman LULUS:

Peringkat Bayaran Tarikh Cetakan Oleh Pemohon
Bayaran Pertama Mulai April 2019
Bayaran Kedua Mulai Julai 2019
Bayaran Ketiga Akan dimaklumkan
13. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya penunaian gagal dibuat kerana terdapat rekod bank yang menunjukkan Baucar BSH telah ditunaikan?
J: Penerima perlu membuat laporan polis dan kemudiannya membawa laporan tersebut bersama dengan Borang Kegagalan Tuntutan BSH / SKK yang dikeluarkan oleh BSN untuk tindakan selanjutnya.
14. S: Apakah langkah yang perlu dilakukan sekiranya tiada sebarang surat makluman diterima oleh penerima berkaitan penunaian BSH?

 

J: Penerima boleh menyemak status kelulusan BSH mereka melalui beberapa kaedah:

  1. Layari portal rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my); atau
  2. Buat semakan dengan cara muat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat di Play Store dan App Store; atau
  3. Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716; atau
  4. Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566; atau
  5. Pergi ke Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM

Sekiranya status permohonan telah diluluskan, penerima boleh mencetak salinan Surat Makluman LULUS melalui portal BSH atau mendapatkannya di Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

C. PEMBAYARAN SECARA PENGKREDITAN KE AKAUN BANK
15. S: Apa yang perlu dilakukan sekiranya penerima masih lagi tidak menerima wang BSH di dalam akaun banknya atau wang tersebut telah dikeluarkan oleh pihak ketiga walaupun telah menerima Surat Berjaya Kredit BSH?
J: Penerima dikehendaki untuk mendapatkan penyata bank terperinci berdasarkan tarikh transaksi pembayaran fasa berkenaan. Sekiranya didapati bahawa:

  1. Tiada transaksi kemasukan wang – penerima perlu membuat aduan di LHDNM dengan membawa bersama penyata bank tersebut.
  2. Terdapat transaksi pengeluaran oleh pihak ketiga – penerima perlu membuat laporan polis dan membawanya bersama-sama dengan penyata bank ke LHDNM.
16. S: Bagi pemilik yang telah dibekukan akaun banknya atas sebab telah muflis/ disenarai hitam, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan wang BSH tersebut?
J: Sekiranya situasi tersebut berlaku, penerima perlu mendapatkan kebenaran khas untuk mengeluarkan wang tersebut daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.
17. S: Bagi penerima yang berstatus gagal kredit ke akaun, apakah dokumen yang perlu dibawa sewaktu membuat penunaian di BSN?
J: Penerima perlu membawa bersama Surat Makluman Gagal Kredit Bantuan Sara Hidup Rakyat beserta Baucar dan Kad Pengenalan Asal ke BSN. Penerima tidak dibenarkan untuk menggunakan salinan pendua.
18. S: Bagi penerima yang berstatus gagal kredit ke akaun walaupun telah mengemukakan nombor akaun bank semasa membuat permohonan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh penerima tersebut?
J: Surat Makluman Gagal Kredit Bantuan Sara Hidup Rakyat beserta Baucar akan dipos ke alamat penerima supaya penunaian dapat dibuat di BSN. Penerima dikehendaki membuat kemas kini maklumat bank di LHDNM bermula April 2019 sehingga 31 Mei 2019.
D. PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA YANG TINGGAL DI PEDALAMAN
19. S: Bagaimanakah caranya penerima yang tinggal di pedalaman dapat menerima wang BSH mereka?
J: Penerima akan menerima pembayaran sekaligus melalui Surat Makluman LULUS beserta Baucar yang diserahkan sewaktu majlis penyerahan baucar diadakan. Pejabat Residen akan memaklumkan berkenaan tarikh dan tempat majlis tersebut akan diadakan melalui poskad.
20. S: Bagaimana pula cara pembayaran sekiranya penerima mengemukakan nombor akaun sewaktu membuat permohonan?
J: Pembayaran akan dibuat mengikut fasa (rujuk jawapan bagi soalan 1) dengan cara pengkreditan terus ke akaun bank penerima.
21. S: Bagaimanakah penentuan kawaasan pedalaman dibuat?
J: Penentuan kawasan pedalaman dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) berdasarkan alamat surat menyurat penerima yang menetap di Sabah dan Sarawak.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*