Pendaftaran Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019) pada Januari 2019

Pendaftaran Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka pada bulan Januari 2019. Pengumum sah akan dibuat oleh kementerian kewangan negara. Kira-kira 4.1 juta isi rumah akan diberikan bantuan sara hidup. Tarikh pembayaran akan dibuat selepas tahun baru Cina iaitu selepas 5 Febuari 2019.

Perbezaan utama pemberian BSH 2019 kali ini ialah bantuan ini hanya disalurkan kepada isi keluarga, kategori bujang yang ada pada BR1M telahpun digugurkan.

Jumlah bantuan mengikut kategori yang berlainan:

  • Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
  • Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
  • Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500

* Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang) , kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Penerima yang sedia ada juga disilakan membuat kemaskini maklumat di portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my, agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan sara hidup pada tahun 2019. Semakan keputusan BSH boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline: 1-800-88-2716 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang).

Apapun kami menggalakkan pembelanjaan bantuan ini harus ditujukan kepada pembelanjaan jenis keperluan agar tidak membazir bsh yang hanya diberi setahun sekali. Berikut merupakan idea terbaik menghabiskan bsh mengikut pandangan yang dikumpul orang ramai.

4 cara bijak menghabiskan Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019)

1. Gunakan terhadap anak-anak yang bersekolah

BSH 2019 diberi pada awal tahun, maka ibu bapa dapat menggunakan wang bantuan ini demi anak-anak yang bersekolah. Pertukaran kasut warna putih ke hitam telah dilaksanakan mulai tahun 2019, jadi pembelian kasut baharu antara idea yang bijak kepada ibu bapa. Sekiranya yuran

2. Simpan sebagai emergency cash

Kebanyakan rakyat Malaysia tiada duit kecemasan untuk hidup tanpa kerja selama 3 bulan. Begitulah lemah kesedaran rakyat negara kita dalam hal pengurusan wang. BSH boleh disimpan sebagai emergency cash sebab angkanya tidak terlalu kecil. Apapun setiap pekerja dinasihatkan menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan untuk saving sebenarnya.

3. Bayar pembelanjaan tahunan

Insurance peribadi, road tax, insurance kereta, renew lesen, credit card renewal fee, tukar tayar kereta merupakan antara pembelanjaan tahunan yang kami perlu bayar setiap tahun. Hutang-hutang seperti ini tidak boleh diabaikan kerana ia akan menjadi besar kalau ditangguh-tangguhkan. Contohnya insurance tidak diperbaharui, dan tiba-tiba kita sakit, sekali masuk wad kos boleh mencecah ribuan ringgit.

4. Selesaikan hutang kredit kad

Ramai suka pinjam duit masa depan iaitu membuat bayaran dengan kredit kad. Pembayaran minum adalah tidak mencukupi sebab hutang kredit kad mempunyai interest yang sangat tinggi jika hutang dikumpul. Faedah dikira berdasarkan hutang tunggakan, bukan pembelanjaan pada satu bulan yang lepas, ramai pemuda mufis dan sebab utamanya ialah tidak mampu melangsaikan hutang kredit kad yang melambak.

  • 1
    Share

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*