Pendaftaran permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 bermula 1 Februari

Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 ke 15 Mac 2019

Pembayaran fasa 1 bantuan sara hidup 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018. Tiada sebarang tindakan yang perlu dilakukkan, hanya tunggu duit bantuan masuk ke akaun bank saja. Terdapat segelintir penerima sudahpun menerima bantuan di akhir bulan Januari.

Pemohon yang layak menerima fasa 1 bantuan sara hidup tahun 2019 boleh membuat semakan di MyBSH. Sistem tersebut telah dibuka pada akhir bulan Januari 2019. Pengguna mesti mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan atau kemaskini BSH supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk. Untuk membuat semakan, langkahnya ialah Log Masuk > Menu MyBSH > Semakan Status.

Bagi yang tiada rekod, barulah anda perlu membuat permohonan untuk menerima bantuan pada fasa 2.

Kemaskini Nombor Telefon Bimbit (TAC)

Tindakan kemaskini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan berkunjung ke LHDNM.

Sebarang pertanyaan sila guna talian bebas tol BSH yang baharu 1-800-88-2747

Maklumat tambahan

  • Tiada lagi kategori bujang (BR1M) yang sebelumnya ada.
  • Kalau tidak mendapat apa-apa pada fasa 1, boleh mendaftar lagi selepas ini sekiranyamemenuhi syarat kelayakan
  • 1.5K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*