Semakan Status BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019

Semakan Status BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019

1. S: Bagaimanakah caranya semakan status BSH boleh dibuat?
J: Semakan status BSH boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Layari portal rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my) dan pilih menu MyBSHR > Semakan Status; atau
  2. Buat semakan dengan cara muat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat di Play Store dan App Store; atau
  3. Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716; atau
  4. Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566; atau
  5. Pergi ke Cawangan LHDNM yang berhampiran
2. S: Apa yang perlu dilakukan sekiranya pemohon gagal menjawab soalan keselamatan dengan betul?
J: Pemohon dikehendaki menyelaras semula soalan keselamatan dengan cara:

  1. Pergi ke Cawangan LHDNM yang berhampiran; atau
  2. Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716; atau
  3. Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566
3. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITERIMA?
J: PERMOHONAN DITERIMA bermaksud permohonan telah dikemas kini tetapi masih belum lagi melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.
4. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DALAM PROSES?
J: PERMOHONAN DALAM PROSES bermaksud permohonan masih lagi dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan.
5. S: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITANGGUHKAN?
J: PERMOHONAN DITANGGUHKAN bermaksud permohonan belum didaftarkan bagi Bantuan Sara Hidup Rakyat disebabkan maklumat yang tidak dikemas kini telah melebihi tiga tahun (contohnya dari tahun 2015 hingga tahun 2017).

Pemohon akan menerima surat yang memaklumkan supaya kemas kini dibuat dengan cara mengisi Borang Rayuan/ Kemas Kini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BK-07) yang boleh didapati di LHDNM. Tempoh rayuan ialah bermula dari 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019 dan sekiranya masih lagi gagal berbuat sedemikian, status permohonan akan menjadi TIDAK LAYAK.

 

  • 810
    Shares

3 Comments

  1. saya telah masuk online BSRH atau bantuan sara hidup 2019, saya cuba masuk kan kad pengenalan saya tapi saya kena hubungi pihak LHDN untuk reset balik soalan yang ditanya? Soalan saya kenapa terjadi demikian sedangkan saya baru saja masuk kadd pengenalan saya tiba2 sistem memberitahu kena call LHDN untuk reset. Boleh saya tahu kenapa yea terjadi demikian?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*