Senarai Skim Rumah Mampu Milik Malaysia 2019

Pada masa kini, kos hidup menaiki secara beransur-ansur. Tidak boleh dinafikan, harga yang terutama dirisaukan oleh rakyat merupakan harga rumah. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengenalkan Skim Rumah Mampu Milik 2019.

PRIMA

https://www.pr1ma.my
PRIMA merupakan skim rumah mampu milik yang selalu disebutkan oleh rakyat. Rumah PR1MA dijual bermula dari harga RM100,000 hingga RM400,000 mengikut kawasan kepada rakyat Malaysia yang dapat gaji RM2,500 – RM15,000 sebulan. Di bawah perancangan ini, pihak kerajaan telah mengenalkan SKIM PEMBIAYAAN FLEKSIBEL (SPEF). SPEF iaitu khusus untuk pembeli kediaman PR1MA, membolehkan pembeli membayar ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah.

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

http://www.srp.com.my
SRP ini terbuka kepada golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan bawah RM5,000 sebulan untuk membeli rumah pertama mereka. Kepada yang memohon menggunakan gabungan nama, pendapatan tidak boleh melebihi RM10,000. Pembeli juga mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-insitusi kewangan serta tanpa perlu mambayar 10% wang pendahuluan. Pembayaran bulanan perlulah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih.

Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) 

http://www.ppam.gov.my
PPAM merupakan skim rumah mampu milik yang khusus untuk penjawat awam yang bergaji rendah atau sederhana membeli rumah di bandar-bandar utama. Skim ini terbuka kepada pendapatan awam yang memegang sebarang gred. Penjawat awam boleh memohon lebih daripada satu projek tapi hanya satu projek sahaja akan ditawarkan.

Rumah Selangorku 

http://lphs.selangor.gov.my
Jenis-jenis rumah yang disediakan seperti: Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Selangorku.

Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan jenis rumah sahaja seperti jenis A, B, C atau D.
Jenis A terutamanya untuk golongan yang berpendapat tidak lebih RM3,000 manakala Jenis B, C dan D bagi golongan yang berpendapat tidak lebih RM10,000.

RUMAWIP

https://rumawip.kwp.gov.my
RUMAWIP telah memperkenalkan 80,000 unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan hingga tahun 2020 , 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarat-syarat permohonan RUMAWIP
– Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun ke atas
– Dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
Pendapatan kasar bulanan bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 untuk suami dan isteri

Skim Rent to Own (RTO)

https://www.pr1ma.my
RTO adalah untuk pemohon yang berjaya dalam pemohonan untuk PR1MA namun gagal mendapatkan pinjaman daripada bank yang kerjasama dengan program PR1MA. Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa PR1MA sehingga 10 tahun.  Faedah merupakan pemohon dapat membeli rumah tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 dengan harga yang ditetapkan.

BSN MyHome 

https://www.mybsn.com.my
BSN MyHome adalah suatu pinjaman kepada rakyat Mlaysia yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki kediaman.

Syarat
– Warganegara Malaysia
– Berumur antara 18 – 60 tahun
– Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan

Program Perumahan Rakyat (PPR) 

http://www.kpkt.gov.my
PPR mempunyai dua kategori termasuklah Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual dengan harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri rumah PPR
– 5 hingga 18 tingkat
– harta tanah di pesisir dan pinggir Bandar
– keluasan lebih daripada 700 kps
– mempunyai tiga bilik tidur, satu ruang tamu, satu dapur dan dua bilik air

Perumahan Transit Belia

http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/173
Kita dapat memahami daripada nama rancangan ini iaitu untuk “Belia” . Oleh itu skim ini terutamanya bertujuan untuk membantu golongan Muda B40 Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Perumahan Transit Belia mempunyai sebanyak 2,100 unit perumahan transit belia dengan kemudahan asas seperti: WIFI, Gym, Premis perniagaan akan dibina di 2 Lot tanah milik kerajaan di Mukim Batu, KL.

Perumahan Awam DBKL

http://eperumahan.dbkl.gov.my/index.php/muat-turun/category/1-borang
DBKL menyediakan kemudahan perumahan kos rendah & kos sederhana bertujuan meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban rakyat Malaysia yang menetap di KL.
Pembeli haruslah sebagai warganegara Malaysia yang berkeluarga. Jumlah rezeki suami dan isteri perlu bawah RM3,000 untuk Kos Rendah dan RM4,000 untuk Kos Sederhana. Selain itu, pemohon diminta tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar. Kadar sewa iaitu bermula daripada RM55 – RM320 sebulan lebih rendah berbanding dengan harga biasa sewa rumah di Bandar Malaysia.

Skim Bantuan Sewa Rumah 

http://eperumahan.dbkl.gov.my/index.php/skim-bantuan?fbclid=IwAR0-CDiI7VU-GuK0ZpKlAC7dgCMjDyc_qQ-qBl7WOpNYYEXkrHZwlUWat94
Skim Bantuan Sewa Rumah juga diperkenalkan untuk golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*