Skim Khairat Kematian BSH

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH

1. S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK) ini?
J: Skim ini layak diterima oleh penerima BSH yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 bagi kategori isi rumah atau warga emas sahaja.
2. S: Adakah waris dibenarkan untuk membuat tuntutan skim tersebut?
J: Waris yang telah didaftarkan seperti di Bahagian D (Maklumat Waris) permohonan BSH dibenarkan untuk membuat tuntutan skim tersebut. Antaranya termasuklah:

  1. Ibu/ Bapa
  2. Pasangan (Suami/ Isteri)
  3. Anak
  4. Adik-beradik
  5. Cucu
3. S: Pada waktu bilakah skim ini dituntut serta di manakah tempatnya?
J: Tuntutan boleh dibuat bermula 26 Februari 2019 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
4. S: Adakah waris perlu membawa apa-apa dokumen sewaktu ingin membuat tuntutan skim tersebut di BSN?
J: Waris dikehendaki untuk membawa beberapa dokumen seperti berikut:

  1. Sijil Kematian penerima BSH (asal/ salinan); dan
  2. Kad Pengenalan waris (asal); dan
  3. Bukti pertalian hubungan antara waris dan penerima iaitu:
Bil. Hubungan Waris Dokumen Pembuktian Hubungan
1. Ibu/ Bapa Sijil Kelahiran penerima
2. Pasangan (Suami/ Isteri) Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Lahir anak
3. Anak Sijil Kelahiran waris
4. Adik-beradik Sijil Kelahiran penerima DAN Sijil Kelahiran waris
5. Cucu Sijil Kelahiran waris DAN Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa kepada waris
5. S: Adakah terdapat had umur yang perlu dipatuhi oleh seseorang waris?
J: Tiada had umur yang perlu dipatuhi oleh seseorang untuk melayakkan dirinya menjadi waris. Akan tetapi, waris yang berumur 17 tahun ke bawah perlu membawa jawapan bagi soalan (4) dan cap jari/ tandatangan individu yang hadir bersamanya diperlukan.
6. S: Adakah mereka yang bukan Warganegara Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai waris?

 

J: Ya, mereka yang bukan Warganegara Malaysia tetapi telah menetap di Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai waris dengan syarat mereka mempunyai pertalian hubungan dengan penerima.
7. S: Berapakah jumlah keseluruhan skim tersebut?
J: Jumlah keseluruhan skim tersebut ialah sebanyak RM1,000.
PENUNAIAN BSH DAN TUNTUTAN SKK OLEH WARIS PENERIMA
8. S: Bolehkah waris membuat penunaian BSH di BSN bagi pihak penerima sekiranya penerima berada dalam keadaan uzur/ kurang upaya/ sakit berpanjangan atau mempunyai halangan yang lain?
J: Waris boleh membuat penunaian tersebut selagi mana namanya telah didaftarkan di Bahagian D (Maklumat Waris) pada borang BSH.
9. S: Apakah dokumen yang diperlukan waris untuk membuat penunaian BSH tersebut?
J: Antara dokumen yang perlu dibawa waris adalah seperti di bawah:

  1. Baucar/ Surat Makluman LULUS BSH penerima (asal)
  2. Kad pengenalan penerima (asal/ salinan)
  3. Kad pengenalan waris (asal/ salinan)
  4. Dokumen yang menunjukkan bukti pertalian hubungan antara waris dan penerima [rujuk jawapan bagi soalan (4)]
  5. Dokumen sokongan yang berkaitan seperti:
  6. Surat Pengesahan daripada Penjara/ Pusat Serenti (jika penerima berada di salah satu antara tempat tersebut); atau
  7. Surat Pengesahan Majikan (jika penerima berada di luar negara atas urusan kerja); atau
  8. Surat Pengesahan Hospital (jika penerima sedang menerima rawatan di hospital); atau
  9. Surat Pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ Pengusaha Rumah Jagaan; atau
  10. Surat Kebenaran/ Pengesahan daripada hospital/ klinik/ ketua kampung/ ketua kawasan (jika penerima seorang yang uzur dan tidak mampu bergerak); atau
  11. Kad OKU (asal)
10. S: Bolehkah waris yang tidak didaftarkan namanya membuat penunaian BSH bagi pihak penerima?
J: Tidak boleh. Hanya waris yang didaftarkan namanya di Bahagian D (Maklumat Waris) sahaja dibenarkan untuk membuat penunaian tersebut.
11. S: Sekiranya maklumat waris yang telah didaftarkan ada kesilapan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh waris?
J: Sekiranya terdapat kesilapan pada nama waris, penunaian masih lagi boleh dibuat di BSN dengan syarat no. kad pengenalan waris yang didaftarkan adalah betul.

Manakala sekiranya no. kad pengenalan waris adalah salah, waris tersebut perlu pergi ke LHDNM dan membawa bersama Borang Kegagalan Tuntutan Bantuan Sara Hidup Rakyat/ SKK yang dikeluarkan pihak BSN.

12. S: Sekiranya hubungan antara waris dan penerima yang telah didaftarkan adalah tidak tepat, bolehkah waris membuat penunaian di BSN?
J: Penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat waris membawa bersama dokumen sokongan (rujuk jawapan bagi soalan 4 dan 9) dan hubungan waris adalah mengikut ketetapan seperti di jawapan bagi soalan 2.
13. S: Perlukah saya mengambil apa-apa tindakan sekiranya waris yang telah didaftarkan namanya meninggal dunia?
J: Sekiranya situasi sedemikian berlaku, anda boleh mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Mengisi semula borang BSH (sekiranya permohonan masih belum ditutup)
  2. Mengisi borang kemas kini maklumat waris BK-20 (sekiranya permohonan telah ditutup)
  3. Hantar borang tersebut ke cawangan LHDNM yang berhampiran.
14. S: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penerima sudah meninggal dunia manakala waris yang telah didaftarkan tidak berkemampuan atau berada di luar negara untuk membuat tuntutan bagi pihak penerima?
J: Waris yang telah didaftarkan namanya boleh membuat pertukaran nama kepada waris baru. Waris baru tersebut perlu membuat kemas kini maklumat waris dengan mengemukakan surat keizinan pertukaran waris daripada waris asal.

Hanya ibu/ bapa/ pasangan/ anak/ adik-beradik/ cucu kepada penerima sahaja yang dibenarkan untuk menjadi waris baru.

15. S: Bolehkah waris membuat penunaian bagi penerima yang bekerja/ menetap/ belajar/ dipenjarakan di luar negara semasa tempoh pembayaran?
J: Tidak boleh kerana penerima tersebut tidak layak untuk menerima BSH.
16. S: Adakah waris dibenarkan untuk membuat penunaian BSH bagi penerima yang telah menghilangkan diri?
J: Waris tidak dibenarkan untuk berbuat sedemikian kerana permohonan telah dilakukan oleh penerima dan dia sendiri perlu pergi ke BSN untuk membuat penunaian.
17. S: Bolehkah waris membuat penunaian/ tuntutan BSH bagi penerima yang telah meninggal dunia sebelum atau pada 26 November 2017?
J: Tidak boleh. Hal ini demikian kerana penerima telah meninggal dunia sebelum tempoh pendaftaran BSH dibuka sekaligus menjadikannya tidak layak untuk menerima BSH.
18. S: Bolehkah waris membuat penunaian/ tuntutan BSH bagi penerima yang telah meninggal dunia antara 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017?
J: Waris tidak boleh berbuat sedemikian sekiranya dia telah membuat tuntutan SKK. Manakala sekiranya waris masih belum membuat tuntutan SKK, dia boleh membuat tuntutan BSH mengikut fasa pembayaran yang telah ditetapkan (tidak termasuk SKK).
19. S: Sekiranya penerima telah meninggal dunia dan tidak ada mendaftar nama waris, bolehkah seseorang yang mempunyai pertalian hubungan seperti yang ditetapkan membuat kemas kini maklumat waris?
J: Kemas kini maklumat waris hanya dibenarkan sekiranya wujud maklumat isi rumah pada borang asal BSH dan waris terhad kepada hubungan ibu/bapa/ pasangan/ anak/ adik-beradik/ cucu kepada penerima sahaja.
20. S: Sekiranya status pada maklumat waris ialah TIADA WARIS, bolehkah penerima membuat kemas kini pada maklumat tersebut?
J: Penerima dibenarkan berbuat sedemikian di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran mulai 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019.
21. S: Adakah penerima dibenarkan untuk membuat pertukaran maklumat waris?
J: Penerima dibenarkan berbuat sedemikian di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran mulai 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019.
22. S: Apakah langkah yang perlu diambil oleh waris sekiranya penunaian Fasa 1 gagal dilakukan disebabkan oleh sekatan daripada pihak BSN?

 

J: Waris perlu pergi ke LHDNM untuk mendapatkan maklumat sebenar berkaitan status permohonan BSH.
23. S: Penerima telah menerima bayaran penuh BSH sebanyak RM1,200 kerana alamatnya ialah di pedalaman Sabah/ Sarawak. Bolehkah pasangan bagi penerima tersebut membuat tuntutan SKK walaupun maklumat waris tidak didaftarkan?
J: Pasangan tersebut boleh membuat kemas kini maklumat waris di cawangan LHDNM yang berhampiran sekiranya wujud maklumat isi rumah (Pasangan/ Tanggungan) dalam permohonan BSH penerima sebelum ini. Kemas kini boleh dibuat bermula 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019, manakala tuntutan SKK pula boleh dibuat bermula 26 Februari 2019.
24. S: Penerima tidak berkeupayaan untuk membuat penunaian di BSN di mana permohonannya telah diluluskan di bawah kategori Bujang (RM450). Bolehkah pertukaran waris dibuat sekiranya waris yang didaftarkan telah meninggal dunia?
J: Pertukaran waris boleh dibuat dengan membawa bersama salinan sijil kematian waris asal dan dokumen pembuktian pertalian hubungan antara waris baru dengan penerima ke cawangan LHDNM yang berdekatan mulai 2 April 2019 sehingga 31 Mei 2019.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*