Syarat kelayakan dan Kemaskini BSH (BRIM) 2019

Kemaskini BRIM 2019 dibuka bulan Disember

Sebelum kerajaan baru ditubuhkan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) telah ditubuhkan bagi memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Namun begitu, walaupun kerajaan baru telah ditubuhkan pada tahun ini, namun BRIM masih lagi diperuntukkan bagi meringankan beban mereka. Skim baharu ini dinamakan semula kepada BSH (Bantuan Sara Hidup). Kerajaan faham akan keperluan rakyat, dengan adanya BRIM, ia dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Syarat kelayakan BSH (BRIM)

Kerajaan telah membuat perubahan terhadap jumlah bantuan BSH dalam tahun 2019. Syarat wajib bagi setiap bantuan adalah penerima hendaklah warganegara dan menetap di Malaysia. Jumlah bantuan mengikut setiap kategori.

– Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
– Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
– Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
– Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang) , kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480.

Cara untuk membuat permohonan baru bagi yang kali pertama adalah mengisi borang di LHDN atau borang online.

Tarikh permohonan BRIM

Tarikh permohonan akhir untuk permohonan ataupun kemaskini ialah pada Disember 2018. Borang permohonan dan kemaskini BRIM 2019 akan mula dibuka pada tarikh yang ditetapkan. Pemohon diingatkan agar tidak membuat permohonan berganda atau melebihi sekali agar dengan mengisi borang online di masa yang sama membuat permohonan borang manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemohon hanya boleh memilih salah satu kaedah permohonan sama ada online atau ke pejabat LHDN.

Bantuan ini haraplah jangan dihapuskan kerana ia dapat membantu rakyat dari segi kewangan dan malah dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan hidup mereka. Dengan bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka malah dapat mengurangkan tahap kemiskinan negara, gelandangan dan penganggur. Tolong ingatkan penerima yang sedia ada untuk kemaskini agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan pada tahun 2019.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*